-->
skip to main | skip to sidebar

JuZ mAkE iT $imPlE

RSS

Thursday, 13 December 2012

dUNia kE-2???

wooiiitt!! haha.. pe habaq?? ha.. hari ni jiwa aku tenang sket, taklah macam org gila sbb kes smlm kn?? ha.. anyway, hari aku happy sangat.. you know what?? sebab kejew skolah aku hampir cyap.. Now, its my turn to just finish it all.. ha.. ok.. hari ni aku nak bawak korang mengembara ke dunia fantasi.. haaa... dengar a.. dengar a.. haha.. Taklah.. ni aku post kali nk tunjuk kat korang hasil nukilan kawan aku.. Dia cakap suka-suka aje.. Tapi, dia ada jugak cakap yang dia nak jadi penulis.. ha.. InsyaAllah.. kalau termakbul doa tu, tak pasal-pasal aku dapat masuk surat khabar. haha.. So, enjoyy ya!!
-$P-

MR PLAYBOY VS MRS PLAYGIRL???


Bab 1

“Iffah Areena Binti Shamsuddin” laungan cikgu Khastina mengejutkan Iffah Areena lantas dia berdiri.. ‘Cikgu ini jika dia menjerit bisa runtuh bangunan blok akademik ni..’ desis Iffah Areena.. Guru subjek Matematik Tambahan itu merenungnya dengan panahan mata yang tajam.. Iffah Areena tertelan air liur.. Takut menguasai dirinya tika ini..
“Yang kau tercegat kat situ apsal?? Ada masalah ke?? Bisul??” sergahannya itu menghasilkan ilai tawa rakan-rakan sekelasnya.. Wajahnya sudah merona merah.. Malu atau marah mungkin..
“Dah mari sini!!” sambung cikgu Khastina lagi.. Iffah Areena mengorak langkah demi langkah menuju kearah gurunya itu.. Sedari tadi, gurunya itu tidak lepas menghadiahkan renungan yang cukup menakutkannya.. Seram sejuk jadinya..
“Hah.. Ni markah awak!! 54!! Saya tak fahamlah.. Apa masalah awak sebenarnya ni?? Saya dah cukup letih mengajar tapi keputusan awak tetap sama.. Nothing change!! Nilah jadinya apabila diri sibuk nak bercouple!! Umur baru 16 tahun!! Heh, apa faedah yang kau dapat?? Masuk syurga?? Eh, tak matilah kalau kau tu tak bercouple!! Tengok dah berapa ramai pasangan yang kau dapat tahun ni?? Tapi haram jugak!! Tak ada satu pun yang melekat kat kau!! Sebab apa?? Sebab orang lelaki ni bijak!! Diaorang pandai memilih.. Kalau gayanya macam kau ni, siapa yang nak ajarkan pada anak-anak diaorang nanti!! Hurmm.. Kalau kaulah, entah anak kau tu sebijik macam kau tahu tak??” bernanah telinga Iffah Areena mendengar bebelannya itu.. Kertas Matematik Tambahan yang penuh diconteng dengan dakwat merah itu dipandang kosong.. Hih.. Orang tua ni!! Hati aku dah tak boleh tahan ni.. Arghh..
“Eh, cikgu!! Jangan nak pandai-pandailah bagi nasihat kat saya!! Ramai orang lelaki yang tak melekat pada saya sebabnya saya yang reject bukannya diaorang!! Dah diaorang memang tak sesuai dengan saya, saya reject teruslah.. Buat apa nak simpan lama-lama kalau dah tak suka!! At least, saya masih tak putus-putus mendapat ajakan orang leleki untuk dijadikan pasangan diaorang.. Cikgu apa ada?? Habuk pun tak ada yang ajak cikgu couple!! Piirah!! Jangan nak nasihatkan oranglah kalau cikgu pun belum kahwin.. Ada hati nak fikir pasal anak-anak, anak murid sendiri pun tak lepas!! Eh, cikgu kalau saya fail sekali pun subjek ni bukannya salah saya tau.. Salah cikgulah sebabnya tak pandai nak didik saya!! You can’t put your blame on me!!” puas hatinya dapat meluahkan apa yang terbuku di hati.. Cikgu macam ni perlu diajar sikit.. Jangan nak bagi muka sangatlah!! Sementara itu, wajah cikgu Khastina sudah berubah akibat disindir sebegitu rupa..
“Baik kau pergi sekarang sebelum aku mengamuk, Reena!! Jangan nak jadi biadap sangatlah!!” kakinya diturutkan jua kata-kata gurunya itu.. Lalu, kertas matematik tambahan itu dihempasnya kasar di atas mejanya itu.. Namun, hatinya cukup puas.. Cukup puas dapat mengenakan gurunya itu.. Ya, itu sememngnya pasti!!

“Iffah Areena!!” sebaik sahaja kaki Iffah Areena memasuki ruang tamu rumahnya itu, panggilan Dato Shamsuddin membantutkan langkahnya untuk terus ke biliknya.. Satu demi satu langkah di atur lalu dihempaskan badannya itu di atas sofa dengan wajah yang cuba dimaniskan sehabis mungkin..
“Apa yang dah jadi kat sekolah?? Tak sampai separuh bulan, kamu dah buat hal.. Cikgu Khastina ada bagitau papa yang kamu tengkingnya.. Kenapa?? Cikgu kamu cakap dia hanya nasihatkan kamu kerana kamu mendapat markah teruk dalam subjek Matematik Tambahan.. Apa benar??” wajah Iffah Areena sudah berubah.. Hatinya menggelegak tiba-tiba..
“Bohong!! Bohong!! Semuanya bohong, papa!! Papa jangan percaya cakap cikgu murahan tu!!” Pang!! Satu tamparan mengenai pipi Iffah Areena.. Iffah Areena terpana.. Wajah bengis papanya itu dipandang..
“Jangan nak jadi kurang ajar ya, Reena.. Papa tak ajar kamu jadi macam ni!! Mana hilangnya adab kamu tu?? Kamu dah 16 tahun Reena.. Sepatutnya, kamu berfikiran lebih matang.. Pasti, ada sebab kenapa cikgu kamu menegur kamu tu.. Kamu lihat Adzim, dia sentiasa fikir dahulu sebelum melakukan sesuatu.. Sebab itu, dia itu jauh lebih bijak daripada kamu.. Kamu tengok di mana dia belajar, di MRSM dan kamu?? SMK aje?? Sekarang ni pun, dia dah dapat gelaran ‘best student’.. Kamu?? ‘Mrs Playgirl??’ Kamu ni memang memalukan papalah!!”
“Papa!! Sampainya hati papa!! Ya, Reena akui abang memang bijak!! Reenalah anak papa yang paling bodoh!! Congrats ya pa!! Anak lelaki papa dah membanggakan papa, tapi anak perempuan papa?? Useless right?? Reena naik atas dulu.. Assalamuaikum pa.. Ma Reena naik dulu..” Datin Faridah sudah menangis teresak-esak.. Air mata Iffah Areena sudah tidak mampu ditahan lagi.. Akhirnya, jatuh jua mutiara miliknya itu.. Digagahi jua dirinya untuk memanjat tangga ke arah kamarnya itu.. Tidak disangka, baru sahaja dia mahu meluahkan apa yang terjadi padanya hari ini pada papa dan mamanya.. Namun, semua itu bagaikan nasi menjadi bubur.. Tindakan papanya itu begitu mengecewakan dirinya.. Pintu biliknya dikunci rapat.. Lantas, bantal peluknya dijadikan mangsa untuk meludahkan air matanya.. Matanya menjadi berat, segalanya menjadi kabur pada pandangan matanya akhirnya terlelap jua gadis itu..

Lagu No promises yang menandakan ada panggilan mengejutkan Iffah Areena daripada tidur yang panjang.. Nama Faris yang tertera di hanphonenya itu dipandang dengan perasaan yang cukup benci.. Malas mahu dilayan.. Biasalah lelaki.. Matanya diraup berkali-kali!! Sememangnya, hari ini cukup letih.. Setelah dimarahi oleh Cikgu Khastina, dia mengambil keputusan untuk mengajak temannya lepak di KFC untuk menghilangkan stress di hati.. Namun, pertemuan mereka tak lama setelah Faris datang iaitu lelaki yang menefonnya tadi telah menggangu mereka.. Lelaki semuanya sama!! Lepas dah puas ditinggalkan kita.. Mereka ingat kita ni apa, kucing kurap?? Aku tak akan biarkan itu terjadi lagi!! Ya aku janji!! Jangan harap orang lain dapat jatuhkan aku lagi seperti mana kau buat pada aku!! Tidak!! Kau memang lelaki dayus!! Dendam kesumat masih membara dalam dirinya.. Dendamnya terhadap lelaki yang bernama Akmal Ikhwan masih tersimpan di dalam memori.. Rahsia ini akanku simpan.. Apakah rahsia yang disimpannya itu?? Semuanya hanya dia yang tahu.. Tok!! Tok!! Ketukan di pintu biliknya mengejutkan Iffah Areena..
“Siapa??” soal Iffah Areena..
“Mama, sayang.. Bukaklah pintu ni!! Kesiankanlah kat mama ni..” pintu kamar biliknya dibuka.. Sejurus melihat susuk tubuh mamanya itu pantas tubuh mamanya dipeluk seerat-eratnya.. Datin Faridah begitu kasihan melihat keadaan anak daranya yang satu ini.. Dia faham benar akan apa yang dilalui anaknya itu.. Amat sukar bagi anaknya untuk melupakan segala-galanya.. Jika dia di tempat anaknya itu, sudah pasti dia akan mengalah atau mungkin jadi gila jika iman tidak kuat, perkara itu tidak terjadi pada anaknya itu.. Reena cukup kuat.. Jika difikirkan kembali kata-kata suaminya itu, kata-katanya agak keterlaluan.. Memang sudah tidak dapat dinafikan Adzim lebih bijak daripada Reena tetapi daripada pemerhatiannya, Reena bukanlah tidak bijak jika dilihat daripada keputusan PMR anaknya itu berjaya memperoleh 6A 1B 1C.. Tidaklah seteruk mana.. Tambahan pula, anaknya juga berjaya mendapat  tawaran sekolah berasrama penuh, tetapi ditolaknya dengan alasan tidak mahu berenggang dengan dirinya dan Dato Shamsuddin..
“Dah-dahlah sayang.. Dah jangan menangis lagi.. Mama tak suka sayang dalam keadaan macam ni!! Sayang marah kat papa ke??” tanya Datin Faridah.. Iffah Areena sekadar menggeleng..
“Habis tu?? Kenapa macam protes aje ni??” soalnya lagi..
“Taklah ma.. Reena tertidur tadi.. Tak apa Reena tahu papa penat dan tertekan.. Mungkin papa tak niat pun.. Apapun nothing to worry ma.. I’m okey, Fine!!” yakin Iffah Areena kepada Datin Faridah.. Datin Faridah tersenyum mendengarnya.. Lega sungguh hatinya.. Anak daranya ini memang cepat memaafkan orang walaupun kesalahan yang dilakukan itu besar namun tetap kemaafan dihulurkan pada orang itu.. Pernah sekali Datin Faridah bertanya kepada anaknya tentang perangainya yang satu itu.. Jawapannya tetap sama, semua orang berhak mendapat kemaafan dan tak akan adanya manusia yang perfect jadi semua orang akan melakukan kesilapan.. Oleh itu, kita kadang-kadang tiada hak nak menghukum orang sesuka hati kerana sebenarnya kita sendiri melakukan kesilapan..  Bangga sungguh Datin Faridah mendengarnya.. Itulah yang menjadi salah satu keistimewaan anaknya itu..  Tetapi, bagaimana dengan Akmal Ikhwan?? Di mana kemaafan untuknya jika Iffah Areena itu seorang pemaaf?? Persoalan ini hanya akan terjawab melalui seorang insan yang bernama Iffah Areena..
“Dahlah sayang.. Jangan buat muka masam macam ni.. Mama susah hati tau.. Ermm, oh I know..  Sayang, mama ada berita gembira ni.. You know darling abang Adzim balik minggu ni tau!!” berita gembira itu begitu menarik perhatian Iffah Areena.. Lantas, wajah masam mencuka berubah menjadi ceria.. ‘Sungguh comel anakku yang satu ini.’ Bisik Datin Faridah..
“What?? Arghhh!! Mama, betul ke ni?? Abang boleh balik ke minggu ni?? Berapa hari??”
“As usual.. 2 hari..” jawapan Datin Faridah membuatkan Iffah Areena terdiam..
“Huh.. Sayang it is okey.. 2 hari tu lama sebenarnya jika dimanfaatkan betul-betul..” Iffah Areena tersenyum kembali.. Hatinya tetap bersyukur kerana minggu ini abangnya akan pulang.. Sememangnya dia amat menantikan kepulangan abangnya itu.. Rindunya pada abang kembarnya sememangnya tidak dapat disangkal lagi..  Airill Adzim.. Hurmm.. Kembar Iffah Areena.. Iffah Areena  mempunyai kembar yang seiras tetapi berlainan jantina.. Adakah itu pelik?? Taklah.. Mereka sememangnya sama dari segi wajah namun dari sudut perangai memang terang-terangan berbeza.. Airill Adzim seorang yang bijak, sungguh cute, bergaya, sentiasa menjaga prestasi akademiknya, gentlemen tetapi satu aje yang sememangnya perangai abang Iffah Areena yang tidak disukai ramai iaitu terlalu serius dalam sesuatu perkara kadang-kadang abangnya itu terlalu mencari perfection dalam sesuatu perkara.. Berlainan pula bagi Iffah Areena, walaupun dirinya diberi gelaran Mrs Playgirl, namun pakaiannya itu tidaklah menjolok mata, hanya sekadar memakai pakaian yang mengikuti fesyen terkini, wajahnya sememangnya cantik boleh dikatakan natural beautylah, putih, dan gebu, seorang yang kurang mengambil cakna dari segi pelajaran, seorang yang gila-gila (maksudya tidaklah terlalu serius seperti abangnya..) dan terakhir dia seorang yang digilai ramai lelaki.. Semua orang lelaki pasti akan tertumpu padanya apabila Iffah Areena berada di depan mata mereka..
“Heh!! Termenung pulak dia ni.. Jom turun makan..” ajak Datin Faridah..
“Tak rasa nak makan lagilah ma.. Nanti, bila Reena rasa nak makan Reena turun ya??”
“Hurmm.. Baiklah, tapi. pastikan turun ke bawah tau!! Makan jangan tak makan pulak, nanti mulalah sakit tu..” pesan Datin Faridah pada anaknya itu..
“Okey!! Mama jangan risau!! Reena akan turun jugak nanti..”
Sejurus sahaja Datin Faridah menutup dedaun pintu bilik Iffah Areena.. Handphone miliknya dicapai lalu nombor Airill Adzim didail.. Tidak lama kemudian, talian disambungkan..
“ Hello, abang!!” sapanya memulakan bicara.
“Assalamualaikum, dik!!” Iffah Areena tersenyum sendirian apabila disindir begitu oleh abangnya..
“Wa’alaikumusalam.. Sorry.. Tak ingat.. Abang sihat??”
“Sihat..Ni kenapa call abang?? Biasanya adik ni kalau nak call abang pasti ada aje masalahnya.. Kan?? Betul tak kata abang ni??” duga Airill Adzim
“Eh, mana ada.. Ab.. Abang ni, kalau tak nak cakap dengan adik tak apalah.. Adik letak dulu..” rajuk Iffah Areena..
“Eh, janganlah macam ni.. Abang gurau ajelah.. Tu pun nak merajuk.. Kenapa sensitif sangat ni?? Hah!! Datang period eh??” sakat Airill Adzim..
“Eh, mana ada.. Abang ni suka sakat orang tau.. Macamlah dia tu tahu sangat pasal period ni!!” sangkal Iffah Areena.. Abangnya itu memang seorang yang serius tetapi apabila dengan dirinya perangai abangnya itu lebih gila daripada dirinya.. Menghairankan.. Namun, apa-apa pun Iffah Areena amat senang dengan keadaan itu.. Abangnyalah sahaja yang amat memahami akan dirinya.. Biasalah kembar katakan..
“Adik!! Ni, kenapa termenung ni.. Ingat abang tak tahu!! Hih, apa nak jadi dengan adik ni.. Kesian kat abang cakap sorang-sorang macam cakap dengan hantu!!” omel Airill Adzim..
“Ermm.. Sorry, abang jangan marah.. Abang kan hensem.. Eh, abang balik minggu ni, eh??” Iffah Areena menukar topik perbualan mereka..
“Ye.. Abang balik Khamis ni..” jawapan abangnya itu begitu menggembirakan hatinya.. ‘Hari ni dah hari Rabu bermakna esoklah abang akan balik.. Yahoo!! Seronoknya..’ ujar Iffah Areena dalam hatinya..
“Wow!! Abang balik esoklah!! Yey!!” Airill Adzim sekadar tersenyum mendengar telatah adiknya itu.
“Yalah, takkan tulat kot.. Ni, adik dah solat ke belum??” Airill Adzim menyoal adiknya itu.. Yelah, saban hari dia mengingatkan adiknya tentang perkara itu.. Kadang-kadang jika dia terlupa, adiknya hanya buat bodoh sahaja.. Oleh itu, dia akan sentiasa menjaga hal solat adiknya.. Sementara itu, Iffah Areena menepuk dahinya.. Ya Allah, aku lupa.. Dikerlingnya jam disebelahnya, jam menandakan pukul 6.30 petang.. ‘Alamak aku dah lewat!!’ gumam Iffah Areena..
“Eh, abang tak apalah.. Adik nak solat.. Tak ingat!! Hihihi”
“Huh!! Yelah.. Lepas ni, solat terus!!” peringatan diberikan kepada adiknya itu..
“Yess, bos!! Assalamualaikum, ustaz Adzim!!” sakat Iffah Areena sebelum talian diputuskan.. Airill Adzim merenung handphonenya itu..
“Adik.. Adik..” kepalanya digeleng berkali-kali..

Bab 2

Perut Iffah Areena sedari tadi masih lagi berbunyi.. ‘Laparlah pulak..’ rungut Iffah Areena.. Jam menunjukkan pukul 9.30 malam.. ‘Huh.. Awal lagi.. Mama dengan papa pun belum tidur lagi nih.. Arghh tak boleh jadi ni aku nak turun jugak, nak makan..’ nekadnya.. Sejurus sahaja kakinya menjejak lantai banglo rumahnya itu, suara garau milik Dato Shamsuddin menerjah ke telinganya lantas kakinya secara automatik juga berhenti..
“Reena..” Iffah Areena berpaling menghadap papanya itu.
“Sini sayang..” panggil Dato Shamsuddin lagi.. Iffah Areena bergerak jua ke arah papanya lantas duduk di sebelah Datin Faridah..
“Ada apa papa panggil Reena?? Ada masalah ke?? Papa nak Reena nak kahwin cepat ke?? Al-maklumlah Reena kan dah ramai calon suami.. Reena tahu papa tak mahu dapat malu lagi kan, jadi pasti papa mahu Reena kahwin cepat kan??” sindir Iffah Areena pada Dato Shamsuddin.. Sebenarnya bukan niatnya mahu menyindir pada Dato Shamsuddin tetapi akalnya masih terbayang akan apa yang terjadi petang tadi.. Lagipun, dalam hatinya masih lagi marah kerana betapa mudahnya papanya percaya pada orang luar daripada anak sendiri.. Dato Shamsuddin merenung anaknya dengan pandangan yang sayu.. Perasaan bersalah masih menebal di dalam dirinya tika ini.. Tangan anaknya dicapai..
“Reena.. Jangan macam ni sayang.. Papa minta maaf ya, nak.. Papa tak boleh nak kawal diri tadi.. Maafkan papa, ya..” Iffah Areena merenung papanya tajam.. Hatinya tiba-tiba menjadi panas mendengar luahan papanya itu..
“Papa cakap senanglah.. Bukannya papa yang laluinya.. Papa hanya dengar cerita daripada sebelah pihak aje.. Renna?? Ada papa dengar?? Papa layan Reena tak ubah macam orang luar.. “ air mata Iffah Areena sudah merembes keluar.. Niatnya untuk makan dibatalkan sahaja..
“Reena!!” laung Dato Shamsuddin memenuhi ruang tamu banglonya..
“Biarkan dia tenangkan diri dulu.. Jangan terlalu memaksa.. Nanti okeylah budak tu..” pujuk Datin Faridah pada suaminya..
“Abang.. Ab.. Abang..” akhirnya tubuh tua itu terjelopok di lantai rumahnya dengan perasaan yang bercampur baur sekali.

“Adik!! Adik!! Abang dah balik ni…” terkocoh-kocoh Iffah Areena berlari ke muka pintu.. Hampir tercabut sahaja jantungnya melihat orang yang amat dirindui itu sekarang di depan matanya.. Tergamam Airill Adzim melihat adiknya yang sungguh Nampak cantik itu. Begitu cantik adiknya pada pandangan anak matanya.. Patutlah adik aku ni dapat gelaran Mrs Playgirl, dengan muka macam ni lelaki mana yang tak nak, kalau aku abang dia dah boleh pengsan orang lain apatah lagi nih..
“Abang!! Rindunya!!” terus tubuh abangnya itu didakap erat.. Rindunya pada kembarnya yang hanya berbeza 10 minit itu, tidak dapat dibendung lagi..
“Abang pun rindu dengan adik jugak!!” ujarnya lagi..
“Eh, dah-dahlah tu.. Macamlah sebulan tak jumpa!!” omel Datin Faridah..
“Mama, bukannya sebulan tapi dah 3 bulan abang tak balik tau!! Memang orang rindu.. Maklumlah abang kan kembar adik, sehati sejiwa kan??”
“Oh 5 bulan eh??? Sorry, mama lupa!! Yelah, peluklah puas-puas tak payah makan pun tak apa duk peluk aje!! Kan dah 5 bulan tak jumpa..”
“Mama 3 lah..”
“Okey, fine.. 3!!”’ gelak tawa keluarga Dato Shamsuddin itu bergema mengisi ruang banglonya yang selama ini kesunyian.. Hati Iffah Areena berbunga riang… Mana tidaknya abangnya itu telah pulang, begitu banyak kisah yang ingin dikongsikan bersama abangnya itu..

“Betul ke Reena bergaduh dengan papa??” soalan Airill Adzim mengejutkan Iffah Areena.. ‘Dari mana abang aku tahu ni?? Mamanya mengadu ke??’ detik Iffah Areena
“Dari mana abang tahu semua ni?? Mama mengadu eh??” tanpa dapat membendung rasa ingin tahunya itu pantas Iffah Areena bertanya..
“Tak kisah lah dari mana abang tahu, yang penting sekarang ni betul ke adik ada marah kat papa??”
“Hurmm.. Ya!!” tanpa berdalih lagi Iffah Areena mengaku.. Malas mahu berselindung kerana nanti akan diketahui abangnya jugak..
“Tapi kenapa?? Adik, tak baik buat macam tu kat papa tau!!” nasihat Airill Adzim pada adiknya itu..
“Abang.. Abang tak faham apa yang adik rasa.. Semua orang tak percayakan adik. Sekarang ni abang pulak yang tak percayakan adik.. Abang memang jahat!!” Airill Adzim mengeluh.. Sememangnya adiknya itu memang keras hati.. Sukar untuk dipujuk..
“Adik.. Listen here, dalam dunia ni kita perlu sedar siapa yang mewujudkan kita.. Siapa lagi kalau bukan mama dan papa.. Kalau tak ada mereka, Reena tak akan ada dekat sini tau.. Reena sepatutnya bersyukur kerana kita ada mak ayah yang sayangkan kita.. Cuba Reena bayangkan mama dan papa kita seorang penagih dadah?? Apa Reena bisa hidup semewah macam ni?? Reena, Reena sepatutnya berterima kasih pada mama dan papa tau, sebabnya di luar sana masih ada lagi ibu dan ayah yang tak mengaku anak mereka.. Apa Reena mahu mama dan papa melakukan sebegitu rupa pada Reena??” Iffah Areena menggeleng..
“Reena, semasa kita hidup di dunia ni, Allah telah berikan kita tugas.. Dimana tugas itu ialah kita sebagai anak kita perlu menjaga ibu dan bapa kita..Reena tak kesian tengok ayah sibuk memanjang, kadang-kadang abang tengok papa balik pagi.. Semua ni, papa lakukan demi anak-anak dia tau.. Reena kena ingat papa marah Reena bersebab.. Tak ada ayah di dunia ni mahu tengok anak dia gagal dalam hidup.. Tak ada Reena.. Papa tak cakap Reena bodoh, tapi papa nak Reena sedar bahawa Reena perlu lebih usaha lagi untuk berjaya. Reena satu-satunya anak perempuan papa takkanlah papa nak anak perempuan dia ni jadi seteruk-teruk manusia.. Abang percaya Reena seorang yang mendengar kata..”
“Tapi abang.. Papa marahkan Reena hanya kerana Cikgu Khastina.. Cikgu Khastina malukan Reena bang.. Lagipun, papa hanya dengar cerita sebelah pihak aje..” adu Iffah Areena pada abang kesayangannya..
“Reena.. Cikgu Khastina bukannya nak malukan Reena.. Dia hanya nasihatkan Reena untuk menjadi insan yang lebih berjaya.. Seorang guru itu mahukan yang terbaik buat anak muridnya.. Kalau cikgu tu kejam dia tak akan bersungguh-sungguh kerahkan tenaganya untuk kita.. Semua cikgu mahukan anak muridnya berjaya Reena, wake up Reena.. Please!! Jangan jadi macam ni.. Semua orang sayangkan Reena sebab tu diaorang bagi nasihat dan marahkan Reena.. Semua itu bersebablah dik..” hati Iffah Areena mengakui juga akan kata-kata abangnya itu.. Memang ada benarnya.. Sekarang, baru dia mengerti kenapa orang-orang sekeliling sentiasa memarahinya.. Tika ini, Iffah Areena mahu menjerit sahaja menyesal akan perbuatannya itu.. Perasaan kesal terhadap papanya begitu menyesakkan dirinya.. Mata Iffah Areena sudah berkaca..
“Maafkan Reena abang, Reena menyesal.. Reena salah abang..”
“Bukan pada abang yang Reena perlu minta maaf.. Tapi pada papa..” Iffah Areena terdiam.. Lama.. Malu, takut dan kesal menguasai dirinya detik ini..
“Reena takutlah bang.. Reena dah tengking kat papa hari tu.. Mesti papa berjauh hati dengan Reena..”
“Tak ada apa yang perlu ditakutkan dik.. Setiap manusia melakukan kesilapan, adik jangan bimbang, papa seorang yang pemaaf.. Insya Allah tak ada apa-apanya.. Percayalah..”
“Betul ni??” tanya Iffah Areena ragu-ragu..
“Lah, betullah.. Ingat abang main-main ke??”
“Mana tahu.. Abang ni bukannya boleh percaya sangat..” usik Iffah Areena..
“Eh, Reena ada bukti ke yang abang ni tak boleh dipercayai??”
“Huh.. Tak payah bukti-bukti.. Bukti dah ada jelas di mata, abang masih tak ada makwe lagi kan?? Betul tak?? Abang bolehlah tipu orang lain tapi bukan pada kembar abang ni.. Piirah, cakap kat mama dah ada makwe.. Habuk pun tak adalah..”
“Ma.. Mana Reena tahu?? Reena bukannya duduk dekat sekolah abang 24 jam??” Airill Adzim kegelisahan.. Rahsia yang dipegangnya kemas hampir dibongkar oleh adiknya itu..
“Alah.. Mengaku jelah abang.. Betul tak??” senyuman nakal Iffah Areena menyakitkan hati Airill Adzim..
“Yelah.. Kita ni tak ada makwe.. Siapalah yang nak kan abang ni??” rajuk Airill Adzim..
“Merajuk macam perempuan!!” Iffah Areena mencebik..
“Apa adik cakap?? Abang cilikan mulut tu.. Baru padan dengan muka.. Mulut tu jangan buat macam tu boleh tak?? Abang potong baru tau!!”
“Ada hati nak potong orang punya!!”
“Dahlah. Malas nak layan adik.. Baik abang tidur lagi bagus!!”
“Alah, abang!! Janganlah macam ni!! Banyak lagi ni benda yang Reena nak cerita kat abang tau.. Abang!!”
“Tak nak!! Malas nak layan adik.. Adik suka sakat abang sangat..” Airill Adzim sudah melangkah pergi.. Iffah Areena pula menyilangkan tangannya tanda tidak puas hati dengan abangnya itu.. Tetapi benarkah abangnya itu tidak mempunyai makwe?? Fikir Iffah Areena.. Persoalan itu dibiarkan tenggelam bersama seribu satu misteri yang belum mampu diuraikan oleh Iffah Areena.. Iffah Areena menapak masuk ke dalam rumahnya.. Malas mahu memikirkan tentang soalan itu.. Di kala dia mahu naik ke biliknya, suara Datin Faridah sudah bergema..
“Reena,mai sini minum petang.. Mama ada buat muffin ni” wajah Iffah Areena yang kelat itu terus berubah ceria melihat muffin kegemarannya terhidang di atas meja.. Baru sahaja kakinya mahu melangkah, wajah papanya dipandang.. Rasa takut menguasai diri.. Serasa mahu sahaja dia pergi meninggalkan meja makan itu, tetapi, melihat wajah mamanya yang memberi signal supaya duduk, diturutkan jua kata mamanya itu.. Iffah Areena memandang papanya tetapi tiada respon daripada papanya.. Sebaik dirinya duduk di kerusi itu, suara papanya mendebarkannya.. Takut sungguh dirinya mahu menegur suara garau itu..
“Sayang, mana air abang??”
“Tu.. Reena tolong bagi cawan tu kat papa.. Mama nak ke dapur sekejap..” pinta Datin Faridah.. Saat itu, tangannya terketar-ketar menghulurkan cawan itu.. Papanya pula hanya mengambil cawan itu dengan riak biasa sahaja.. Dingin sugguh Dato Sahmsuddin dengan anaknya.. Fikiran Iffah Areena mula mencari idea mahu menjernihkan hubungan antara dia dan papanya itu..
“Pa..” sapa Iffah Areena memulakan bicara..
“Hurm!! Apa??” dingin sekali nada suara Dato Shamsuddin..
“Papa marah??” tanya Reena lurus..
“Tak..” sepatah orang tanya sepatah itu jugalah yang dijawab Dato Shamsuddin..
“Papa.. Please jangan macam ni.. Reena minta maaf pa?? Reena dah sedar salah Reena.. Reena tak sepatutnya tengking papa semalam.. Reena terlalu ikutkan kata hati.. Reena sayangkan papa.. Ampunkan Reena, ya pa??” rayu Iffah Areena pada papanya.. Dato Shamsudddin mengeluh perlahan..
“Baiklah…” Iffah Areena menjerit keriangan..
“But, don’t repeat the same mistakes ya??Promise??”
“Promise!! Love you pa..” manja sekali suara anak bongsu Dato Shamsuddin itu..
“ Love you too!!”  Datin Faridah sudah mengalirkan air mata.. Alhamdulillah, akhirnya doanya dimakbulkan Tuhan.. Terima Kasih, Ya Allah.. Lantas, air matanya dikesat lalu bergerak menuju ke arah dua orang beranak itu..
“Reena, Adzim mana??”
“Ada kat atas ma.. Dia cakap nak tidur.. Merajuk bila orang cakap dia tak ada makwe??” Dato Shamsuddin dan Datin Faridah berpandangan sesama sendiri..
“Pulak dah.. Anak abang ni semuanya sensetif.. Ikut abanglah ni..” tempelak Datin Faridah.. Dato Shamsuddin menjegilkan matanya..
“Eh, apa pulak abang??”
“Dah.. Mama dengan papa ni.. Bergaduh pulak.. Abang tu bukannya merajuk pun saja overacting.. Tak apa mama dengan papa makan dulu, Reena tolong panggilkan abang..” Iffah Areena sudah menuju ke kamar Airill Adzim.. Perlahan tangannya mengetuk pintu bilik abangnya itu.. Berkali-kali diketuk namun hanya dibalas sepi sahaja.. Iffah Areena sudah naik angin jadinya lalu tombol pintu itu dipulas.. Tak berkunci ke?? Soal Iffah Areena kehairanan.. Kebiasaanya abangnya akan mengunci pintu biliknya, katanya privacy!! Privacy sangatlah.. Sejurus Iffah Areena memasuki laman bilik abangnya, bunyi pancutan air merungkaikan persoalan di benak mindanya itu.. Oh, mandi rupanya dia..
“Abang!! Turun cepat!! Mama suruh minum petang!!” jerit Iffah Areena..
“Okey!!” laung Airill Adzim pula.. Mendengar respon abangnya itu, terus kakinya mahu melangkah pergi. Tetapi akal jahatnya menghalang daripada meninggalkan bilik abangnya itu.. ‘Takkanlah nak sia-siakan peluang ni.. Bukan senang nak masuk bilik abang aku ni.. Carilah dulu apa-apa yang menarik..’akal jahat Iffah Areena menghasut.. Tiba-tiba matanya menangkap sesuatu objek yang cukup berharga bagi seseorang individu itu.. Yess!! Akhirnya, jumpa juga.. Ermm!! Menarik!! Abang!! Abang!!


 Bab 3

Deringan handphone milik Akmal Ikhwan mengejutkannya  daripada tidur yang lena.. Akmal Ikhwan merengus kasar.. Siapa pulak yang ganggu aku tidur nih!! Pasti Reena!! Hatinya tersenyum kembali mengingatkan gadis itu..
“Hello Reena, apsal sayang telefon abang pagi-pagi buta ni?? Tak ada kerja ke?? Pergilah tidur.. Rindu abang eh???” manja sekali suara Akmal Ikhwan menyapa pemanggil di hujung talian..
“You merepek apa ni, Akmal!! Siapa Reena?? Apa hubungan you dengan dia?? Kenapa you panggil dia sayang?? You penipulah!! I benci you!!” Alamak!! Akmal Ikhwan menggigit bibirnya.. Macam mana aku boleh tersalah orang ni..
“Sayang!! Wait!! Dengar dulu penjelasan I ni!!” pujuk Akmal Ikhwan mengharap Zahira akan cair mendengarnya..
“Jangan you berani lagi ungkapkan perkataan sayang pada I kalau perkataan tu dah muak you sebut.. Begitu murahnya perkataan sayang  itu pada you!! Now, we break!! I dah tak nak tengok muka you lagi!!” tengking Zahira melampiaskan marahnya..
“Sayang!!” talian diputuskan.. Akmal Ikhwan terus mencapak I-phone 4 miliknya ke dinding!! Tak guna!! Sekarang, impian dirinya untuk membuktikan kepada rakan-rakannya yang dialah kasanova di sekolah mereka sudah terkubur kerana cabarannya adalah mendapatkan gadis kacukan china melayu itu sudah pun hancur musnah..
“Arghhhhhhhhhh!! Sial!!” jerit Akmal Ikhwan.. Jam dikerlingnya sudah mengjangkau pukul 9.00 pagi.. Awal pagi lagi ni.. Moodnya untuk menyambung tidur terbantut.. Ketukan berkali-kali pintu biliknya itu, merimaskan Akmal Ikhwan, lantas dengan kasar pintu kamarnya dibuka..
“Tuan Akmal, kawan cik Akmal nak jumpa..” bibiknya menyapa..
“Siapa??” Tanya Akmal Ikhwan  acuh tak acuh sahaja..
“Tuan Hafizi..” Akmal Ikhwan terdiam sektika.. Oh, wajahnya terus bertukar manis.. Ya, rakannya itu.. Sudah lama dia tidak jumpa akan rakannya itu.. Rindu pula..
 “Bik beritahu dia nanti saya turun.. Saya nak mandi jap..” tualanya terus dicapai pantas Akmal Ikhwan bergerak menuju ke kamar mandinya..

“Weh!! Lama tak jumpa.. Long time no see!!” sapa Akmal Ikhwan pada Hafizi.. Tangannya dihulurkan.. Hafizi menyambutnya mesra..
“Memang dah lama.. Hampir 3 bulan tak jumpa kot.. ”
“Aku busylah..” Akmal Ikhwan memberikan alasan
“Alah, pelajar MRSM kan.. Siapalah kita ni..” sindir Hafizi pada temannya itu..
“Kau sindir aku ke??”
“Tak adalah sampai nak menyindir.. Cuma saja nak bergurau dengan kau.. So, hows your life?? Great??” soal Hafizi.. Kening Akmal Ikhwan sudah terangkat.. Ni soalan jenis apa ni?? Soalan nak membunuh aku ke apa?? Omel Akmal Ikhwan..
“Macam mana apanya??” Hafizi mengeluh..
“Yelah.. Macam mana sekarang hidup kau?? Pelajaran kau macam mana??”
“Oh.. Great!!”
“What about Reena?? Everythings okey??”
“Huh.. Aku dah putuslah dengan dia..” jawapan Akmal Ikhwan itu menyentakkan Hafizi.
“Serius?? Tak main-main??” Akmal Ikhwan mengangguk..
“Seriuslah..”
“But why??”
“Hurmm.. Tak serasi.. Jadi, jalan penyelesaiannya putuskan sahaja..” mudah sahaja jawapan yang diungkapkan Akmal Ikhwan itu..
“Huh.. Apa nak jadilah kawan aku nih.. Ikut suka hati kaulah.. Okey, let bygone be bygone.. Think positif.. Oh, aku dah dapat..” Akmal Ikhwan bagaikan tertarik untuk mengetahui apakah yang ingin dibicarakan oleh Hafizi itu..
“Apa yang kau dapatnya??” soal Akmal Ikhwan hendak tak hendak sahaja..
“Aku?? Aku bolehlah tackle Reena tu..” usik Hafizi.. Hati Akmal Ikhwan sudah tidak keruan.. Dia sedar rakannya mempunyai pakej yang tersendiri apatah lagi Hafizi itu seorang yang baik hati, jujur, peramah arghhhhhhh boleh dikatakan segala apa yang diidamkan oleh Iffah Areena itu ada padanya.. Sedikit sebanyak hatinya terusik.. Dirinya gelisah sekali pandang tidak ubah seperti cacing kepanasan lagaknya..
“Kau jangan Fizi!! Eh, kau nak rasa mati awal ke?? Dah puas hidup?? “ sinis bercampur amaran sahaja nada suaranya... Tidak ubah seperti cemburu.. Hafizi tersenyum sendirian.. Tinggi jugak ego kau ni Akmal Ikhwan.. Gumam Hafizi sendirian..
“Tengok, kau tak percaya..”
“Percaya apanya?? Hantu??”
“Bukanlah bongok!! Sebenarnya kau tu memang dah betul-betul cintakan Reena, Iffah Areena adik Airill Adzim tu..”
“Huh!! Bila kau sebut aje nama abang dia tu!! Menggelegak hati aku ni.. Kau tahu tak semua perempuan dah tak pandang aku lagi dah gara-gara abang dia tu.. Dia ingat dia bagus sangat.. Yang latest, kekasih aku tuh Zahira baru aje tadi putus..” selamba sahaja Airill Adzim berkata..
“Kenapa?? Apa masalahnya?? Disebabkan abang dia ke yang jadi orang ketiga??” soal Hafizi meminta kepastian..
“Bukan..”
“Habis tu.. Salah siapa.. Dah kalau bukan salah Airill, salah siapa pulak?? Aku dah buntu ni..” lama Akmal Ikhwan terdiam memikirkan masalah negara lagaknya..
“Salah aku..” Hafizi terpana.. Lawak apa pulak yang kawan aku buat ni..
“Kau buat lawak ke der?? Baru aje kau cakap yang abang dia dah kacau line kau.. Tup.. Tup.. Kau cakap kau putus dengan girlfriend baru kau tu disebabkan kau!! Apa sebenarnya ni?? Aku tak faham..” Hafizi keliru jadinya..
“Macam ni.. Pagi tadi, Ira ada call aku.. Masa tu aku tengah mamai.. So, aku ingatkan orang lain.. Aku pun terlepas cakap pastu dia marah-marah and then kami pun putus..” cerita Akmal Ikhwan pada Hafizi..
“Huh.. Ni mesti orang perempuan kan?? Kalau tak takkan Ira tu nekad nak putus dengan kau kan..” Akmal Ikhwan hanya mengangguk mengiakan apa yang benar..
“Boleh aku tahu siapa perempuan yang dah berjaya jinakkan kasanova ni??” usik bercampur dengan sindiran diberikan pada Akmal Ikhwan..
“Reena!!” sepatah perkataan itu sudah mampu membuatkan Hafizi terlopong.. Kemudian, dia tersenyum pula..
“Kau ni kenapa? Macam orang gila aje!!”
“Aku dah agak!! Kau memang cintakan dia kan??” Akmal Ikhwan menhela nafasnya.. Fikirannya sudah tidak mampu untuk terus berbohong.. Pantas, diangguknya perlahan..
“Aku tak mampu lupakan dia, Fizi.. Dia terlalu special.. She’s so amazing you know?? Dah 6 orang selepas dia aku couple tapi masih tak dapat-dapat nak lupakan dia.. Senyuman dia, memek muka dia, arghhh semuanya menarik perhatian aku..” ada nada kesal dalam suaranya itu.. Menyesal barangkali namun buat apa nasi sudah menjadi bubur.
“Kau ni kan baru umur 16 tahun, tapi gaya bercinta macam umur 20-an pulak.. Mengada-ngada eh?? Tapi, aku wonderlah kenapa kau lepaskan dia kalau kau cintakan dia??”
“Sebab, masa tu aku tak sedar lagi.. Lagipun, aku couple dengan dia hanya sebab kawan aku cabar aku.. Aku ni pantang dicabar.. Apa lagi, lepas aku dapat dia, aku terus tinggalkan dia.. Dapat habuan aku pergi lari dan enjoy!” Hafizi beristighfar..
“Ya Allah, tergamak kau?? Hanya disebabkan orang cabar kau, kau sanggup lukakan hati orang, Akmal?? Lelaki jenis apa kau ni?? Eh, sedarlah..”
“Kau nasihatkan aku beribu kali pun, pendirian aku tetap samalah!!”
“Ikut kaulah, Akmal.. Kau tahu tak kau sebenarnya dah dapat balasan tau tak.. Tapi, baru sikitlah.. Balasannya kau dah kemaruk cinta pada orang yang dah kau buang!! Tak malu ke jilat ludah sendiri?? Rasainya sediri.. Kau akan rasa menderitanya kita apabila mencintai orang yang tak mencintai kita.. Go on with this, kalau kau rasa kau boleh hidup macam ni.. Ingat, kau baru 16 tahun.. Jangan sia-siakan kehidupan kau.. Aku balik dulu..” kata-kata Hafizi itu begitu menusuk ke kalbunya.. Sesekali dia terfikir.. Ada benarnya juga kata-kata Fizi itu.. Kenapa aku perlu lakukan semua itu ha?? Reena?? Masih dia ingatkah akan diriku?? Atau dia sudah mempunyai pengganti??Kepalanya kusut memikirkan masalah itu.. Sebut sahaja nama gadis itu sudah mampu membuatkan Akmal Ikhwan tidak senang duduk. Begitu sekali balasan yang diterimanya akibat mempermainkan cinta pada orang lain.. Kan tak pasal-pasal jadi pungguk yang rindukan bulan.. Aduhai, Akmal Ikhwan..

Hati Iffah Areena melonjak gembira.. Handphone Sony Ericsson U10i milik abangnya itu digengamnya kemas.. Kadang-kadang buat kerja macam ni best jugak.. Detik hati Iffah Areena.. Perangai nakalnya itu sudah kembali.. Tanpa membuang masa, tangannya pantas membuka inbox handphone abangnya itu.. Kosong?? Aik?? Peliknya?? Ternyata sangkaan Iffah Areena salah.. Sangkanya, handphone abangnya itu penuh dengan mesej cintan-cintun dengan aweknya.. Ni hampeh.. Apa benar abangnya itu lansung tidak mempunyai makwe?? Hai, abang aku ni bab belajar expert, ni hal perempuan apa ada?? Aduh, faillah abang aku ni bab perempuan.. Eh, apa ni?? Bukan main terkejut Iffah Areena melihat sebanyak 60 draft dalam handphone abangnya itu.. Sedang dirinya itu, mahu menekan punat draft pada mesej abangnya itu, Iffah Areena tidak sengaja menekan punat off ataupun punat merah di handphone itu.. Arghh.. Namun, matanya tidak berkelip melihat wallpaper hanphone abangnya itu.. Diamatinya gambar yang mempunyai tulisan yang bertulis ‘mencintaimu merupakan satu anugerah terindah bagiku..’.. Kemudian, matanya tertacap pada gambar abangnya yang tersenyum.. Handsomenya.. Suka-suka.. Tapi, alangkah terkejutnya dia melihat gambar perempuan yang sudah diedit itu bersama abangnya itu.. Ah?? Afeena Adira?? Musuhnya itu merangkap Mrs Playgirl nombor 2 di sekolahnya?? Apa abangnya itu bercinta dengan perempuan gedik itu?? Dilihatnya lagi bait-bait ayat yang tertulis itu lagi ‘mencintaimu merupakan satu anugerah terindah bagiku..’.. Memang sahlah abangnya ditangkap cintan dengan perempuan gedik tuh.. Jangan harap kau nakkan abang akulah Dira.. Tangannya pantas mahu menekan punat draft namun matanya menangkap tombol kamar mandi abangnya itu sudah bergerak-gerak menandakan abangnya itu sudah siap mandi.. Apa lagi cabutlah!! Pantas, handphone abangnya itu diletak di dalam laci dan terus Iffah Areena cabut lari.. Selamatkan dirilah penting saat ni..

Posted by fUNz.cOm at 16:34

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)
Be My Follower!1

BoSSS!!

My Photo
fUNz.cOm
Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia
hai... hope korang sukakan blog nieh.. Juz simple n be slumber.. haha.. Ok.. Remember, be my followers.. haha.. Blog nih ada macam-macam.. Boleh dikatakan berjenis-jenis entertainment ada.. Kalau korang ada masalah, boleh jugak post a comment.. InsyaAllah, aku akan membalasnya.. SEE YOU.. -$P-
View my complete profile

Employeess

iNgAt!!!

.



Blog Archive

  • ►  2013 (3)
    • ►  May (1)
    • ►  January (2)
  • ▼  2012 (14)
    • ▼  December (14)
      • Oh EngLIsh Gue...
      • 1 Januari 2017 hari kiamat??? B(
      • Gangnam Style Penyebab Kiamat????
      • Makwemu, sahabatku...
      • nA$! sUDah bUbUR..
      • MuHa$aBAh DirY
      • hahahaaha!!! ha.. aku nk uruskan hal kjap.. nn...
      • dUNia kE-2???
      • bOlA oh Bolah!!!
      • Panas!!!
      • Ayah Pin Kembali Lagi??
      • 12/12/12??? Pe mAsalahnye??
      • HanGaTT @ hANgit ???
Powered by Blogger.

Followers

mEleT0p

  • HanGaTT @ hANgit ???
     $alam Perkenalan... ^-^ wow!! hai!! Opppsss.. Assalamualaikum n salam satu malaysia!! haha.. ni bukan first time aku buat blog.. So, anyw...
  • Kawan bukan lawan
    Subhanallah, pasti korang semua dah baca dialog di atas kan?? Kalau tak baca lagi, baik baca sekarang!! Aku bagi 5 minit.. hehe… Cepat...

Total Pageviews

 
Copyright JuZ mAkE iT $imPlE 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .
www.juzslumber.blogspot.com