-->
skip to main | skip to sidebar

JuZ mAkE iT $imPlE

RSS

Wednesday, 2 January 2013

Kawan bukan lawan




Subhanallah, pasti korang semua dah baca dialog di atas kan?? Kalau tak baca lagi, baik baca sekarang!! Aku bagi 5 minit.. hehe… Cepat!! Nilah kita kata kan lumrah dalam persahabtan, ibaratnya pergaduhan itu lebih dapat mengeratkan silaturahim antara rakan.. Tapi kalau difikirkan balik, adakah orang yang terlibat dalam pergaduhan tu, boleh berbaik semula… Yelah, daripada gaya kata-kata si dakwat merah tu memang betul-betul marah.. Puncanya usah dicertikanlah.. Tapi, apa yang aku nak kata kat sini, ialah tentang sikap pemaaf dalam diri kita sendiri… Kita boleh sebenarnya nak pupuk sikap pemaaf dalam diri kita.. Caranya?? Senang aje.. Ni dia!!

Uiihhh.. Gaduh besar nampak!!


Perkara pertama, cerminkanlah diri kita dulu sebelum kita meletakkan kesalahan kepada bahu orang lain.. Tak pasal-pasal orang lain juga menerima tempiasnya.. Maksudnya, kita sebagai manusia, perkataan silap itu memang tak boleh lagi dibuang kerana ianya adalah sifat asli seorang manusia.. Bak kata orang, mana ada orang di dunia yang perfect, so wajarlah jika kita melakukan kesilapan.. Sebenarnya, kadang-kadang kegoaan sebenarnya yang menjadi hantu dalam masalah kita.. Kita dah tahu masalah itu silap kita-kita tapi ego kita menahan kita daripada mengaku yang kita telah buat silap.. Betul kan?? Renungkanlah apa yang aku kata kan ini..

Nilah sifat asli manusia.. Adoii..

Kedua, cuba kawal kemarahan kita… Kadang-kadang kita berkawan dengan orang yang cepat panas-baran.. Maka, kita perlu bersabar melayan segala kerenahnya.. Memanglah, agak menjengkelkan untuk kita megikut segala kemahuan orang lain, tapi itulah dinamakan pengorbanan sebagai teman.. So, jika kita dalam marah, apa yang kita perlu lakukan?? Apa yang korang akan lakukan?? Duduk diam sahaja tanpa sebarang reaksi?? Ada caranya untuk kita mengawal kemarahan kita..

  • Menangislah  jika itu boleh surutkan kemarahanmu daripada korang menjadikan orang lain mangsanya..
  •  Jika anda marah dalam keadaan berdiri, maka duduklah..
  •   Jika masih tidak surut, maka baringlah!!
  •  Jika masih tidak surut, matilah!! Pandai-pandailah korang.. hehe.. Taklah, jika korang marah, cubalah beristighfar dan selawat.. Itulah yang sering aku lakukan jika aku sedang marah.. hehe.. pecah sudah rahasia gue!!


p/s: yang pertama tu, para lelaki janganah segan-segan nak menangis ye!! Carilah spot yang korang sorang je, pastu layanlah perasaan secukupnya.. Kalau nak tambah suasana sedih sikit, pasanglah, lagu sedih-sedih!! Hehe..

Ni memang betol2 ni mintak maaf..

Ni sape2 yang mukenye comel macam aku bolehlah mintak maaf macam ni.. Ni salah satu tips nak mohon maaf daripada org.. haha..

Amalkanlah sikap macam ni.. Bagus..

Korang dah baca dan hayati gambar kat atas?? Ha, yang ketiganya, amalkan kata-kata “maaf” daripada bibir kita.. Kadang-kadang manusia nih, duk ajar nak menang sokmo!! Tubit dohlah ayat ganu aku!! Ada setengah tu punyalah liat nak sebut sampai jenuh ditunggu si rakan tu.. Oleh itu, sila ajar diri korang tu, jangan cepat sangat nak meuduh or melatah yang bukan-bukan.. Periksa dulu.. Selain tu, ajar jugak sebut maaf.. Biarlah kesalahan itu bukan berpunca daripada korang, tapi, korang ajar diri jadi sikap mengalah jugak.. FAHAM??

Kalau kawan yang baik pulak macam ni..

Kawan macam nilah, yang kita nak!! Sentiasa mengingatkan kita kepadaNya.

Ni pulak kawan yang sentiasa ada tika kita senang dan susah..


Kan bahagia, kalau ada kawan yang sentiasa memahami.. Tak gitu??


Pernah tak korang ucapkannya??
Ni jangan cari kawan macam ni.. Batu api je.. Boleh dia buat tak tahu aje..
Itu ajelah.. Akhir kata, ingatlah..

Haiwan pun hargai kawan.. Ni kan kita..

Tengok!! kawan kita susah-susah fikir nak selesaikan masalah kita.. janganlah kita hampakan dia..
Kawan sentiasa menggembirakan kita..

Ingatlah, kawan yang baik akan sentiasa bermanis muka ketika  bersua..


Tulah, aje tips-tips nak jadi seorang pemaaf.. Kalau ada lagi aku, update balik.. ok?? Chiou dulu!! Assalamualaikum w.b.t…. Tak jawab dosa!! Hehe..


IKHLAS -$P-

Posted by fUNz.cOm at 07:38

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)
Be My Follower!1

BoSSS!!

My Photo
fUNz.cOm
Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia
hai... hope korang sukakan blog nieh.. Juz simple n be slumber.. haha.. Ok.. Remember, be my followers.. haha.. Blog nih ada macam-macam.. Boleh dikatakan berjenis-jenis entertainment ada.. Kalau korang ada masalah, boleh jugak post a comment.. InsyaAllah, aku akan membalasnya.. SEE YOU.. -$P-
View my complete profile

Employeess

iNgAt!!!

.



Blog Archive

  • ▼  2013 (3)
    • ►  May (1)
    • ▼  January (2)
      • Kawan bukan lawan
      • Semangat baru, azam pun mesti baru jugak ke??
  • ►  2012 (14)
    • ►  December (14)
Powered by Blogger.

Followers

mEleT0p

  • HanGaTT @ hANgit ???
     $alam Perkenalan... ^-^ wow!! hai!! Opppsss.. Assalamualaikum n salam satu malaysia!! haha.. ni bukan first time aku buat blog.. So, anyw...
  • Kawan bukan lawan
    Subhanallah, pasti korang semua dah baca dialog di atas kan?? Kalau tak baca lagi, baik baca sekarang!! Aku bagi 5 minit.. hehe… Cepat...

Total Pageviews

 
Copyright JuZ mAkE iT $imPlE 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .
www.juzslumber.blogspot.com