Subhanallah, pasti korang semua dah baca dialog di atas
kan?? Kalau tak baca lagi, baik baca sekarang!! Aku bagi 5 minit.. hehe…
Cepat!! Nilah kita kata kan lumrah dalam persahabtan, ibaratnya pergaduhan itu
lebih dapat mengeratkan silaturahim antara rakan.. Tapi kalau difikirkan balik,
adakah orang yang terlibat dalam pergaduhan tu, boleh berbaik semula… Yelah,
daripada gaya kata-kata si dakwat merah tu memang betul-betul marah.. Puncanya
usah dicertikanlah.. Tapi, apa yang aku nak kata kat sini, ialah tentang sikap
pemaaf dalam diri kita sendiri… Kita boleh sebenarnya nak pupuk sikap pemaaf
dalam diri kita.. Caranya?? Senang aje.. Ni dia!!
|
Uiihhh.. Gaduh besar nampak!! |
Perkara pertama, cerminkanlah diri kita dulu sebelum kita
meletakkan kesalahan kepada bahu orang lain.. Tak pasal-pasal orang lain
juga menerima tempiasnya.. Maksudnya, kita sebagai manusia, perkataan silap itu
memang tak boleh lagi dibuang kerana ianya adalah sifat asli seorang manusia..
Bak kata orang, mana ada orang di dunia yang perfect, so wajarlah jika kita
melakukan kesilapan.. Sebenarnya, kadang-kadang kegoaan sebenarnya yang menjadi
hantu dalam masalah kita.. Kita dah tahu masalah itu silap kita-kita tapi ego
kita menahan kita daripada mengaku yang kita telah buat silap.. Betul kan??
Renungkanlah apa yang aku kata kan ini..
|
Nilah sifat asli manusia.. Adoii.. |
Kedua, cuba kawal
kemarahan kita… Kadang-kadang kita berkawan dengan orang yang cepat
panas-baran.. Maka, kita perlu bersabar melayan segala kerenahnya.. Memanglah,
agak menjengkelkan untuk kita megikut segala kemahuan orang lain, tapi itulah
dinamakan pengorbanan sebagai teman.. So, jika kita dalam marah, apa yang kita
perlu lakukan?? Apa yang korang akan lakukan?? Duduk diam sahaja tanpa sebarang
reaksi?? Ada caranya untuk kita mengawal kemarahan kita..
- Menangislah jika itu boleh surutkan kemarahanmu daripada
korang menjadikan orang lain mangsanya..
- Jika anda marah
dalam keadaan berdiri, maka duduklah..
- Jika masih
tidak surut, maka baringlah!!
- Jika masih
tidak surut, matilah!! Pandai-pandailah korang.. hehe.. Taklah, jika korang marah,
cubalah beristighfar dan selawat.. Itulah yang sering aku lakukan jika aku
sedang marah.. hehe.. pecah sudah rahasia gue!!
p/s: yang pertama tu, para lelaki janganah segan-segan nak
menangis ye!! Carilah spot yang korang sorang je, pastu layanlah perasaan
secukupnya.. Kalau nak tambah suasana sedih sikit, pasanglah, lagu
sedih-sedih!! Hehe..
|
Ni memang betol2 ni mintak maaf.. |
|
Ni sape2 yang mukenye comel macam aku bolehlah mintak maaf macam ni.. Ni salah satu tips nak mohon maaf daripada org.. haha.. |
|
Amalkanlah sikap macam ni.. Bagus.. |
Korang dah baca dan hayati gambar kat atas?? Ha, yang ketiganya, amalkan
kata-kata “maaf” daripada bibir kita.. Kadang-kadang manusia nih, duk ajar
nak menang sokmo!! Tubit dohlah ayat ganu aku!! Ada setengah tu punyalah liat
nak sebut sampai jenuh ditunggu si rakan tu.. Oleh itu, sila ajar diri korang
tu, jangan cepat sangat nak meuduh or melatah yang bukan-bukan.. Periksa dulu..
Selain tu, ajar jugak sebut maaf.. Biarlah kesalahan itu bukan berpunca
daripada korang, tapi, korang ajar diri
jadi sikap mengalah jugak.. FAHAM??
Kalau kawan yang baik pulak macam ni..
|
Kawan macam nilah, yang kita nak!! Sentiasa mengingatkan kita kepadaNya. |
|
Ni pulak kawan yang sentiasa ada tika kita senang dan susah.. |
|
Kan bahagia, kalau ada kawan yang sentiasa memahami.. Tak gitu?? |
|
Pernah tak korang ucapkannya?? |
|
Ni jangan cari kawan macam ni.. Batu api je.. Boleh dia buat tak tahu aje.. |
Itu ajelah.. Akhir kata, ingatlah..
|
Haiwan pun hargai kawan.. Ni kan kita.. |
|
Tengok!! kawan kita susah-susah fikir nak selesaikan masalah kita.. janganlah kita hampakan dia.. |
|
Kawan sentiasa menggembirakan kita.. |
|
Ingatlah, kawan yang baik akan sentiasa bermanis muka ketika bersua.. |
Tulah, aje tips-tips nak jadi seorang pemaaf.. Kalau ada
lagi aku, update balik.. ok?? Chiou dulu!! Assalamualaikum w.b.t…. Tak jawab
dosa!! Hehe..
IKHLAS -$P-